Projek penaiktarafan Lebuhraya Pan Borneo (Fasa 1) Shin Yang Group of Companies

Pada tahun 2016, Shin Yang melalui anak syarikatnya, Pekerjaan Piasau Konkerit Sdn Bhd (PPK), telah dipilih sebagai kontraktor bagi projek penaiktarafan Lebuhraya Pan Borneo bagi pakej projek kesepuluh (WPC10) yang menghubungkan Simpang Lapangan Terbang Bintulu dan Sg. Tangap (BJT; sinonimnya dikenali sebagai Simpang Bakun ke Sg. Tangap). PPK merupakan satu daripada 10 syarikat pembinaan dilantik oleh rakan pelaksana projek, Lebuhraya Borneo Utara (LBU) Sdn Bhd. Projek ini dipecahkan kepada: Bahagian Nyabau, Bahagian Bakun, Bahagian Suai dan Bahagian Niah. Antara intipatinya adalah menaiktaraf lorong dua hala kepada empat lorong dua hala dan pembinaan empat jejambat, Nyabau Interchange (di Simpang Bintulu), Bakun Interchange, Suai Interchange dan Niah Interchange. Selain itu, PPK juga terlibat dalam projek Kick-off project (KOP) Simpang Nyabau ke Simpang Bakun sepanjang lebih 43 km (27 bt). Jengkaut Kobelco dan Komatsu, asphalt paver jenama Vogelë serta asphalt roller jenama Hamm dan lori jenis Hino dan Sinotruk mendominasi projek tersebut. Jumlah kepanjangan BJT ialah 77.19 km (47.96 bt).

Rujukan

WikiPedia: Shin Yang Group of Companies http://www.shinyang.com.my http://www.shinyang.com.my//products-services/tree... http://www.shinyang.com.my/corporate/about-us.html http://www.shinyang.com.my/products-services/civil... http://www.shinyang.com.my/products-services/fores... http://www.shinyang.com.my/products-services/oil-p... http://www.shinyang.com.my/products-services/petro... http://www.shinyang.com.my/products-services/prope... http://www.shinyang.com.my/products-services/publi... http://www.shinyang.com.my/products-services/quarr...